Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan, berkuat kuasa 1 Februari 2025. Langkah ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI, dengan penekanan bahawa penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat menikmati gaji yang lebih bermakna. Bagaimana kenaikan kadar gaji minimum memberi kesan terhadap pelbagai aspek ekonomi dan sosial negara?